Wednesday, September 3, 2008

ramadhan..

Ramadhan datang lagi~
dikesempatan ini...
inginku menyusun sepuluh jari jemari...
memohom ampun dan maaf...
jika ada tersalah dan silap sepanjang tempoh ku bernyawa...

Bulan ramadhan...
bulan berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat...
tanpa mengira dimana jua seseorang itu berada...

Puasa...
dikaitkan dgn menahan lapar dan dahaga...
mengajar kita untuk menjadi seorang manusia yang lebih sabar...
dan tabah dalam menghadapi apa jua dugaan mahupun rintangan...
dan memberi kesedaran bahawa diluar sana...
masih ada manusia manusia lain yang tidak sesempurna kita...
ada yang tidak mendapat makanan...
mahupun keperluan lain yang secukupnya...
dan dengan berpuasa...
ia menyedarkan kita supaya sentiasa bersederhana...

Nikmat kesenangan yang tuhan bagi...
boleh ditarik balik dengan sekelip mata...
bersyukur dengan apa yang dikurniakan...
kadang kadang...
kita sendiri pun tak sedar...
yang kita membazir...
atau pun selalu rasa tak puas hati dengan apa yang ada...
selalu rasa serba kekurangan walaupun sebenarnye dah lebih daripada cukup...
tapi...
itu lah manusia...
kadang kadang terleka...
kadang kadang tak sedar...
kadang kadang lalai...

Biarlah ramadhan al mubarak ini dilalui dengan penuh makna...
dan moga moga menjadikan kita insan yang lebih berguna...
pada masa sekarang...
dan akan datang....

-happy fasting to all muslims~ =D

No comments: