Thursday, November 6, 2008

hari ini versi BM

Hari ni terasa nak menulis dalam bahasa kebangsaan...
Bahasa Melayu...
nak cuba untuk menulis tanpa menggunakan walau sepatah perkataan bahasa inggeris...
dizaman moden sekarang...
sudah menjadi kebiasaan manusia manusia pabila bertutur...
akan dicampurkan mereka dengan perkataan perkataan bahasa inggeris...
aku juga sendiri sudah terbiasa...
menggunakan bahasa campur didalam pertuturanku....
adakah itu dikatakan tidak baik?
atau akan memudaratkan keindahan bahasa yang telah dicipta?
aku tiada jawapan nya...
kamu sendiri boleh menilai....
sama ada baik atau tidak...

di pagi yang sudah agak lewat...
ku bukakan kelopak mata yang tertutup...
terjaga dari lena....
kulihat sekeliling ruang kecil kamarku....
dan meneliti telefon bimbitku...
terdampar beberapa pesanan ringkas...
yang dihantar dari beberapa kenalanku...
aku bingkas bangun dari tempat ku beradu...
menuruni anak tangga satu persatu...
kulihat wajah ibuku di kerusi meja makan...
aku masuk ke kamar kecil di tingkat bawah rumahku...
mengambil beberapa pakaian yang diperlukan...
dan menaiki semula anak tangga dan menuju ke kamar mandi...
setelah selesai aku bersiap untuk keluar...
menonton wayang yang terbaru ditayangkan hari ini...
kemudian pabila sudah selesai menonton...
dalam perjalanan menuju kerumah...
telefon bimbitku berbunyi...
menandakan ada pesanan ringkas yang masuk...
aku melihat nama di skrin...
pesanan tersebut daripada abangku yang kedua...
dengan perasaan yang biasa...
aku membuka pesanan itu...
beberapa saat kemudian...
ku sedar wajahku berubah...
jantungku mula berdegup laju...
menerima pesanan yang agak mengejutkan dan menyedihkan...
aku cemas...
terkaku buat sementara waktu...
kubaca satu per satu ayat yang dikarangkan oleh abangku...
dia membawa berita...
berita yang tidak kusangka..
bahawa...
salah seekor kucing kesayangan nya...
bernama BREYTON...
yang dinamakan khas sempena kereta BMW nya...
meninggal dunia di hospital haiwan di Jalan Ipoh Kuala Lumpur...
aku membalas pesanan tersebut...
bertanyakan sebab dan punca kematian Breyton...
doktor mengesahkan Breyton menghidapi penyakit yang tak dapat diselamatkan...
virus masuk menjangkiti darahnya...
sel darah merah langsung tiada...
pabila doktor mahu mengambil darahnya...
tiada darah yang keluar...
pucat lesu Breyton pabila terdampar di hospital haiwan tersebut...
mungkin virus itu sudah 2 minggu menjangkitinya...
tapi apakan daya...
sudah tidak dapat diselamatkan...
aku turut berasa sedih kerana Breyton sudah berusia setahun lebih...
dijaga rapi oleh abangku...
tetapi...
pada hari perkahwinan abangku...
Breyton dihantar ke hotel haiwan peliharaan di bangi...
mungkin dia dijangkiti penyakit tersebut oleh kucing lain yang menginap disana...
petang sejurus aku sampai dirumah...
aku dan ibuku bersiap dan menziarahi abang dirumahnya di bangi....
kesedihan terpampar diwajahnya...
kerana dia sangat sayangkan kucing kucing nya..
sayang seperti anak nya sendiri..
dibawa kemana mana...
melainkan ada urusan penting...
baru dihantar kan kucing kucing di hotel...
mungkin sudah sampai ajal Breyton...
kami semua merasa kesedihan tersebut...
aku sendiri...
walaupun alah dengan kucing dan tidak boleh mendekati kucing...
tetapi terdapat juga perasaan sayangkan kucing dan mengasihani kucing...
kusyukuri tuhan tidak mengambil Sofie dan Garfield...
Sofie dan Garfield adalah kucing yang bertahan lama dibawah jagaan abangku...
mereka adalah kucing parsi yang pertama abangku bela...
lewat petang aku menuju pulang kerumah...
menghebohkan berita kepada abangku yang ketiga dan kakak iparku yang menanti dirumah..
beberapa minit kemudian ayahku pulang dari bermain golf...
kusampaikan juga berita tersebut kepada ayahku...
ayahku juga turut merasa kasihan dan sedih...
kami sekeluarga sempat beraya 2 kali bersama Breyton...

kemudian kami sekeluarga duduk makan malam bersama...
alangkah bahagianya jikalau adik beradik ku yang lain dan ahli keluargaku ada bersama...
bersantap bersama di meja makan...
aku mula rindu saat itu...
saat kami bersama sama dengan bilangan ahli keluarga yang cukup....
tetapi aku faham sukar untuk itu terjadi...
kerana adik beradik ku sudah mempnyai keluarga mereka sendiri...
dengan urusan urusan yang harus diselesaikan...
tidak mengapa....
ku cuma mampu menunggu dan berharap saat itu kembali nanti...
mungkin dimasa raya atau kenduri kenduri dimana semua ahli keluarga berkumpul...
bermesra bersama...
setelah sudah makan...
kami duduk di ruang tamu...
menonton rancangan dan drama di televisyen...
pabila drama tersebut tamat...
aku bingkas bangun dan menaiki anak tangga menuju kamar abangku yang kini berada di Dubai...

aku menekan butang di komputer riba...
dan kini aku menulis aktiviti ku dan peristiwa yang terjadi hari ini...
rasanya semua perkataan yang kukarangkan hari ini adalah didalam bahasa melayu...
terasa puas di hati kerana berjaya menggunakan bahasa melayu yang tidak dicampurkan dengan bahasa inggeris...

sekian......

No comments: